Resepi Air Kathira (Cara Buat air Kathirah yang simple tetapi lazat)
Bahan-bahan ( 7-8 orang )
- 2 liter air
- 240g gula pasir
- 15 biji badam tanpa kulit
- 1 tin susu cair
- 100g katirah (contoh gambar sila lihat di glossary )
- Beberapa titik pewarna hijau atau merah - jika suka
BAHAN ISIAN TAMBAHAN JIKA SUKA :-
Sediakan segenggam kembang semangkuk yang telah direndam berasingan
1 sb biji selasih - direndam berasingan
buah kurma dibuang biji dan potong kecil2
agar2 siap makan - disagat
secukup ketulan ais
Cara-cara
1. Rendam dahulu katirah hingga kembang semalaman.Tapis dan bersihkan.
2. Masak air dan gula pasir hingga gula larut.Kisar badam bersama sedikit air hingga halus dan tuangkan ke dalam air gula tadi dan masak lagi hingga mendidih,kacau sentiasa.Matikan api dan biar sejuk.
3. Setelah air sejuk,masukkan susu cair dan katirah dan gaul rata.Titikkan pewarna pilihan jika suka dan tambahkan bahan2 isian tambahan secukupnya.Sejukkan didalam peti sejuk.
4. Air katirah lebih enak diminum sejuk tanpa ketulan ais.
sumber resepi
http://www.myresipi.com/top/detail/8897
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment