Chicken Grilled Wraps with Lettuce and Tomatoes

on Wednesday 18 September 2013

Chicken Grilled Wraps with Lettuce and Tomatoes

Chicken Grilled Wraps with Lettuce and Tomatoes

Bahan2
-dada ayam, dihiris nipis (diperasakan dengan lada hitam dan garam)
-lettuce/salad ikut suke lah nak guna jenis mana
-tomato hiris nipis
-madu 1 sudu
-mix herbs
-serbuk paprika (optional)
-butter
-sos cili/sos blackpepper/ mayonis
-tortilla

Cara2:
1-panaskan non stick kuali dan panaskan kejap tortilla utk mudahkan menggulung
2-panaskan butter, dan masukkan dada ayam kemudian masukkan mix herbs/paprika dan madu biarkan masak (kejap je tu)
3-ambil sekeping tortilla, susunkan lettuce/salad, tomato kemudian dada ayam yg dah siap..
4-kemudian letak sos cili/mayo dan sos lada hitam
5-kemudian gulungkan dan potong dua
6-enak makan macam tu je atau deep in sos cili

sumber
facebook.com/bukuresepi

Ikan Siakap Tiga Rasa

on Tuesday 17 September 2013

Ikan Siakap Tiga Rasa

Bahan-bahan:-
1 ekor ikan siakap - bersihkan dan kelar.Lumur garam dan kunyit.

Bahan lain:-
5 ulas bawang putih - ditumbuk asing
3 ulas bawang merah - ditumbuk asing
2" halia - dimayang halus
6 biji cili padi - dihiris nipis
garam
gula
1/2 cawan air

Bahan sos:-
3 sdm sos cili
3 sdm sos tomato
2 sdm sos tiram

Cara:-
1. Panaskan minyak.Goreng ikan siakap tadi sehingga garing.Ketepikan.
2. Keluarkan minyak dalam kuali sedikit utk menumis.
3. Masukkan cili padi hiris dan goreng sedikit layu.
4. Masukkan bahan lain seperti bawang putih,halia dan bawang merah yang telah
ditumbuk.Tumis sehingga kekuningan dan agak garing.
5. Masukkan bahan sos.Tambah air.Kacau sehingga kuah masak dan mesra.Masukkan garam dan gula.
6. Sekiranya hendakkan kuah yang agak pekat,boleh dibancuh dgn sedikit air dan campuran tepung jagung.
7.Tutup api dan curahkan di atas ikan tadi.SIAP!

Ikan Siakap Tiga Rasa

sumber
http://seripayaku.blogspot.com/2013/03/ikan-siakap-tiga-rasa.html

Resepi Daging Kisar Sos Lada Hitam

Resepi Daging Kisar Sos Lada Hitam

200 gm daging kisar
1 biji bawang besar ( di potong dadu )
3 ulas bawang putih ( di tumbuk kasar )
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar kicap manis cap kipas udang
1 sudu kecil garam
1/2 cawan air
1/4 cawan minyak masak

Panaskan minyak dan goreng daging selama 2 - 3 minit.
Masukkan kedua2 jenis bawang..kacau2 sebentar.
Masukkan kesemua bahan2 dan kacau sehingga agak kering.
Tutup api..siap..sedap di makan bersama nasi atau roti.

Resepi Daging Kisar Sos Lada Hitam

sumber
myResepi MamaJay

Resepi Gulai Ikan Patin Lazat Masak Tempoyak Temerloh

on Saturday 14 September 2013

Resepi Gulai Ikan Patin Lazat Masak Tempoyak Temerloh | Siapa yang tak kenal dengan ikan patin masak tempoyak Temerloh kan....okey, ini salah satu resepi turun temurun.....
Kiriman: Norhayati binti abd manan
Sumber: Ibu Zainah binti Mahmud

Resepi Gulai Ikan Patin Lazat Masak Tempoyak Temerloh

Bahan-Bahan:

  • Satu ekor ikin patin (patin sangkar) 
  • (ikan disiang dan diperapkan dengan asam jawa & limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir ikan selama 1 jam) 
  • 2 ulas kunyit hidup (ditumbuk halus) 
  • 6 biji bawang kecil (ditumbuk halus) 
  • 20 biji cili api (ditumbuk halus) 
  • 2 senduk tempoyak (agak2, nak pekat letak lebih lagi) 
  • 1 biji timun cina (dipotong dadu) 
  • 2 ikat daun kesum 
  • 2 ikat bunga kantan 
  • sedikit asam keping 
  • 3 cawan air (ikut kepekatan) 
  • garam (ikut rasa) 
  • gula (kalau agak terlalu pedas) 


Cara:
Ikan terlebih dahulu dibersihkan dan diperapkan dengan asam jawa dan limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir ikan, Kunyit hidup, bawang kecil dan cili api ditumbuk halus dan digaulkan dengan tempoyak tadi masukkan kedalam periuk yang diletakkan air gaul sehingga rata masukkan juga asam keping, letak atas api dan biar 3 minit baru masukkan ikan yang terlebih dahulu dibersihkan, masukan bunga kantan, daun kesum dan timun cina tadi, sambil itu masukakn garam, jangan terlampau masin, kalau agak2 pedas sangat masukkan gula sikit.

Cadangan Hidangan:
Sedap dimakan panas dengan nasi putih, amat menyelerakan, resepi ibu saya sendiri. Selamat mencuba.

Tambahan:
Tempoyak biarlah yang 5 hari diperam barulah terasa lebih sedap dan lazat.


sumber
Gulai Patin Masak Tempoyak

Nasi Baryani Gam Lazat (Batu Pahat)

Nasi Baryani Gam Lazat | Resepi asal dari pakcik saya yang biasa memasak untuk kenduri..tapi saya dah ubah suai sikit untuk lebih memudahkan.. Nasi baryani ni mmg glemer kat my hometown ...Ianya sedap dimakan bersama daging baryani, ayam masak merah dan paceri nanas..

Nasi Baryani Gam Lazat (Batu Pahat)

Bahan-bahan ( 4org )

  • 3 cawan beras basmathi
  • Sedikit rempah tumis
  • 6 ulas bawang merah (blend)
  • 5 ulas bawang  putih (blend)
  • 2"halia (blend)
  • Setengah biji bawang besar (hiris)
  • Sedikit daun pudina, daun bawang. daun sup
  • 2-3 sudu kecil minyak sapi
  • 1sudu kecil garam
  • Sedikit pewarna kuning
  • Sajus dan kismis sebagai hiasan (goreng)
  • 2 sudu kecil rempah baryani
  • 4 setengah cawan air
  • Setengah cawan susu cair
Cara-cara

  • Panaskan minyak sapi,kemudian tumis rempah tumis dan rempah baryani
  • Masukkan bawang hiris..gorengkan sebentar.kemudian,masukkan pula 2 sudu campuran bawang merah+halia+bawang putih yang telah di blend tadi.(baki campuran yang di blend akan diguna untuk kuah daging baryani).
  • Masukkan air..tunggu sampai didih
  • Masukkan daun bawang,daun pudina,daun sup.masukkan juga garam.kemudian..masukkan pula beras.Kacaukan
  • Pindahkan periuk ke dalam rice cooker.Tunggu atau biar nasi masak
  • Bila nasi dah masak, keluarkan daun-daun yang ada dalam periuk tu.kemudian tambahkan susu cair ke dalamnya.titikkan pewarna..kacaukan.
  • Masukkan 2 senduk kecil rempah dari kuah daging baryani ke dalam nasi.kacau rata. (nak lebih 'kick',masukkan juga 2-3 ketul daging bersama kuah dari kuah daging tu ke dalam nasi)
  •  Masukkan gajus dan kismis.sedia untuk di hidangkan...



sumber
mrsdayat

Resepi Lazat Kuah Daging Baryani

Resepi Lazat Kuah Daging Baryani | Kuah daging baryani..untuk dimakan bersama nasi baryani.

Resepi Lazat Kuah Daging Baryani

Bahan-bahan ( 4 org )

  • Setengah kg daging lembu (potong kiub)
  • Setengah biji bawang besar (hiris)
  • Baki bawang merah+halia+bawang putih yang di blend 
  • 1 biji tomato saiz besar (belah 4)
  • 3-4 biji cili hijau
  • 2 sudu tomato puree
  • 1sudu sos tomato
  • 1/4 cwn susu cair
  • Sedikit ghee
  • Sedikit rempah tumis
  • 3 sudu rempah baryani
  • Garam,gula,ajinomoto secukup rasa
  • Sedikit daun sup,daun bawang,daun pudina
  • 1 sudu yogurt


Cara-cara

  • Gaul daging dgn yogurt.sementara tu,panaskan minyak sapi (anggaran rata bwh periuk)
  • Tumiskan rempah tumis dan bawang yg dihiris.biar bwg agak garing sedikit
  • Masukkan baki bwg2 yg diblend.kacau sampai naik bau
  • Masukkan daging..gaulkan.
  • Masukkan tomato dan cili hijau.cili tu takyah hiris.masuk sebijik2..
  • Masukkan pula daun-daun,garam,ajinomoto dan gula.kacaukan sebati
  • Tutup periuk,biarkan lebih kurang 10-15minit supaya daging tu lembut. (pastikan kuah tu sama rata dengan daging.kalau tak rata...buleh tambah air)
  • Ambil seketul daging,picitkan..utk tgk dah lembut atau belum.
  • Bila daging dah agak2 empuk,masukkan sos tomato,tomato puree dan susu cair. kecilkan api,kacaukan dan biar lagi atas dapur..
  • Last skali..masukkan rempah baryani dan kacaukan sebati..

Dah siap segala, buleh la di hidang bersama nasi baryani...
Note: bule juge ganti daging ni ngan kambing or ayam.kalo kambing ikut je care ni.kalo ayam,goreng sekejap (jgn smpai garing) ayam tu..baru masuk dalam kuah.

sumber
mrsdayat

Resepi Nasi Ayam Best

Resepi Nasi Ayam Best

Resepi Nasi Ayam Best

Nasi Ayam Sedap Resepi Nasi Ayam yang memang pasti sedap. Sangat berbaloi mencuba resepi ini walaupun nampak sukar dan munggunakan bahan yang banyak. Anda pasti puas hati dengan hasilnya!
Oleh : Che' Nom

Masa:

  • Penyediaan: 40 Minit
  • Memasak: 60 Minit
  • Keseluruhan: 100 Minit
  • Jumlah Hidangan : 4 orang makan


Bahan-Bahan:

Bahan untuk ayam (direbus) :

  • 1 ekor ayam dipotong 8
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 2 cm halia, ditumbuk halus
  • 1 kiub ayam

Bahan untuk ayam (diperap) :

  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 cm halia, ditumbuk halus
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 1 sudu besar kicap cair
  • Sedikit madu untuk sapuan

Bahan untuk nasi:

  • 3 cawan beras
  • 4 cawan air rebusan ayam
  • 2 sudu besar butter
  • 1 cm halia ditumbuk halus
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • Sedikit garam
  • 2 bunga lawang*
  • 4 buah pelaga*
  • 1 kayu manis*
  • 1 batang serai ketuk
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit kunyit untuk warna dan aroma

Bahan untuk sos:

  • 5 biji cili merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 cawan air rebusan ayam

Bahan untuk sup:

  • Air rebusan ayam
  • 1 biji bawang besar, dikisar
  • Rempah sup bunjut
  • Garam
  • Daun sup dan daun bawang yg dihiris
  • Bahan untuk kuah kicap:
  • Kuah kicap perapan ayam di atas
  • Kicap manis cap kipas udang
  • Sedikit garamAir rebusan ayam

Cara Membuat:

Cara untuk ayam:
1. Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
2. Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
3. Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
4. Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.

Cara untuk memasak nasi:
1. Basuh beras dan tos air.
2. Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.

Cara untuk memasak sup:
1. Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.

Cara untuk memasak sos:
1. Kisarkan semua bahan di atas.
2. Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.

Cara untuk memasak kuah kicap:
Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.

sumber
 
© Ohlazat All Rights Reserved